Monday, November 26, 2012

kehilangan dan kelahiran

Diari 22 Nov 2012

6.30 pagi
-terbangun bunyi loceng, nak mandi n solat,telefon berbunyi..
"helo abejat,ni aten ni,org nk gtaw ni,makwe dah meninggal jam 2 pagi tadi,bila abejat nak balik kg?
-air mata laju,deras jatuh...betol ke ni?
"betol...nnt gtaw ezriq skali suh dy balik dgn abejat ea.bawa moto elok2 mama kata.."
-aku telefon ezriq,suh dia siap dan datang UM,balik rempit ke melaka.

8.30 pagi
-adik sampai dan terus gerak ke melaka,stop kejap di RnR Sg Besi,lapo adik aku ni xmkn mlm td..sedang makan,telefon berbunyi lagi".abejat kat mana?jenazah nk mandi dah ni..
-haaaa??"wey jgn dulu wey,tggu aku dulu,aku nak tengok...
-terus tggl mknan naik motor,pecut balik ke melaka
- dr RnR Sg Besi, jam 9----->pecut---->sampai melaka jam 10...

10.00 pagi
-sampai kg. hutan percha,alor gajah,melaka......park motor, air mata berlinangan jatuh,org dah ramai, salam atok,tgk muka dia sedih je..lagi aku sedih...terus masuk dalam rumah sedekahkan bacaan Yaasin...
-jenazah selesai di mandikan,dikapankan,dipanggil sedara mara mana yg nk cium or tgk...aku ambil giliran...
-sebelum sampai turn aku,mama beritahu,jgn kena air mata pada jenazah,jgn nangis/meratap,seksa jenazah nanti...lagi laju air mata aku..
-turn aku,aku duduk,cium dahi(sejuk),terus aku alihkan pandangan,terus aku keluar dari rumah....arghh...seksanya mata aku...

10.30 pagi
-jenazah diusung ke van jenazah,di bawa ke masjid utk solat jenazah seterusnya ke tanah perkuburan,
"siapa nak angkat jenazah masuk dalam liang lahad dulu,yg lain2 tolong angkat jenazah ke liang lahad,.."
-aku terus masuk ke dalam kubur,menunggu utk mengangkat jenazah masuk.
-jenazah disambut dgn berhati2,aku,abg sedara aku dgn pkcik aku sambut jenazah,letakkan dlm liang lahad,mengerengkan jenazah,ambil papan dan tutup,diselitkan kayu yg telah diukur utk elakkan tanah masuk ke dalam kubur...tanah dikambus.

11.30 pagi
-talkin di baca..

12.tghari
-semua org bertanya,mana bapa kau jat?----------------
baru aku perasan,bapa aku tidak sempat untuk menghadiri pengebumian ini...dia sampai lepas asar,keretanya rosak ketika nak balik ke melaka..aku dapat bayangkan bagaimana sedihnya dia..walaupun aku jarang brcakap dgn dia tapi aku taw dari raut wajahnya,menangis ketika solat.

-----ya,memang aku sedih sangat..sangat2 sedih sebab itulah 1 1 nya nenek kandung yg ada...tapi setiap yang hidup akan meninggal juga...aku pasrah..
-----emosi aku sangat terganggu 2 3 hari ini..pantang salah,memang kenalah...mintak maaf sekiranya sesiapa terkena tempias emosi xstabil ni..

29 Nov 2012
-Kelahiran WXQ 7569.sekian.














0 comments:

Post a Comment

comment if you really want to..