Showing posts with label la tahzan. Show all posts
Showing posts with label la tahzan. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

dabtun nafs dan al-batr.............

bab laen dalam blog aku............erm....mari menghayati.......terutamanya aku...dan aku....dan aku......

1."Sabar ialah pangkal kejayaan, berbeza dengan sikap berputus asa."


2."Imam al-Ghazali menghuraikan bahawa sabar ialah sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan dalam hal menundukkan hawa nafsu. Barang siapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan hawa nafsu dengan terus-menerus, maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang sabar."


3."Sifat marah pula bukan sahaja dimurkai Allah, malah tidak disenangi sesama manusia. Sabda Rasulullah, yang bermaksud: "Jagalah diri kamu daipada perbuatan marah. Sesungguhnya marah itu laksana bara api yang menyala di hati bani Adam. Cubalah perhatikan ketika seseorang marah, lehernya kembang, dua biji matanya merah."


4."Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: " Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
" Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ."

" Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: " Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjwab: " Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka Malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan aku tidak suka duduk dengan syaitan," jawab Baginda."



5."Abu Said al-Khurdi pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia baring."


6."Abu Hurairah al-Bahili pula meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan isi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."




-jadi aku kenalah bnyk2 bersabar kerna sifat sabar dalam diri aku makin nipis senipis kulit bawang hanya menunggu ianya diberderai.


-kerna kurang sabarlah seorg kawan aku menerima 5, 6 sepakan di kepala..


-apalah nak jadi dgn aku.....


-berubahlah demi kebaikan....penat bila marah2 ni..dan cepat tua.


-untuk aku, bersabarlah...tiada gunanya marah2...


-mari berubah izzat...mari..